JAPANESE COTTON CHEESE CAKE


BAHAN A :
250 gm Cream Cheese
50 gm Butter
150 ml Susu Segar
6 biji Kuning Telur
1 sudu besar Jus Lemon
1/4 sudu kecil Garam
60 gm Superfine Flour
20 gm Tepung Jagung

BAHAN B :
150 gm Gula Kaster
6 biji Putih Telur 
1 sudu besar Jus Lemon

TIPs : Asingkan telur putih dan kuning ketika telur baru keluar dari fridge. Lebih mudah untuk diasingkan kerana telur agak keras dan juga buang tali pusatnya supaya tidak hanyir cake kita nanti.

1. Untuk BAHAN A :
Cairkan cream cheese, butter dan susu segar dengan cara double boil. Sejukkan sebentar. Pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan garam dan jus lemon, gaul sebati. Masukkan adunan cheese yang telah dicairkan dan disejukkan tadi dan gaul rata dgn menggunakan senduk kayu jer. Kemudian masukkan tepung superfine dan tepung jagung yang telah diayak sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati. Saya guna tangan jer.. Petua dari pakar, kalau nak hasil yang terbaekk.. guna tangan jer.. Alhamdulillah.. saya cuba, menjadi pulak. Cuma kalau ada tepung yang berkutil sikit sikit tu saya tapiskan.

2. Untuk BAHAN B :
Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih berbuih (foamy). Kemudian masukkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
** PENTING: Pastikan mixer kering dan betul betul bersih terutamanya dari berminyak. Putih telur mestilah pada suhu bilik dan jangan ada sedikit pun kuning telur yang termasuk semasa mengasingkannya. Kalau tak nanti tak menjadi.

3. Campurkan adunan Bahan A ke dalam adunan Bahan B dan kacau hingga sebati (Saya guna tangan gak taww). Sediakan bekas atau loyang yang bersesuaian untuk bake. Saya guna removable loyang anggaran size berdiameter 8in. Bagi cake yang soft camni, cadangkan guna bekas yang removable supaya senang untuk dikeluarkan tanpa menjejaskan rupa cake. Tapi jangan lupa balut bawah loyang tu dengan aluminium foil sebab kita akan bakar dengan kaedah bain marie atau steambath takut masuk air nanti. Tak perlu griskan loyang sebab ini akan menyebabkan cake turun selepas dibakar. Masukkan jer dalam bekas yang removable ataupun kalau takder balutkan jer loyang dengan aluminium foil sebelum dituang ke dalam bekas.

4. Panaskan oven terlebih dahulu dalam lebih kurang 10 minit. Bakar selama lebih kurang satu jam dengan kaedah bain marie atau steambath pada suhu 160 deg Celcius atau mengikut kapasiti oven memasing hingga masak. Saya letakkan pada tingkat yang bawah sekali menggunakan api atas bawah. Setelah masak jangan terus keluarkan dari oven yer. Renggangkan sedikit dulu pintu oven tu sedikit dan lalukan keliling cake tu dengan pisau. Ini adalah juga satu petua supaya cake tu tidak turun balik. Kemudian biarkan dia sejuk sebentar di dalam oven selama lebih kurang 15-20 minit dulu sebelum dikeluarkan. Kalau terus dikeluarkan dari oven, dia akan mendap atau turun nanti.

** Note : Kaedah Bain Marie atau Steambath maksudnya, kita letakkan loyang cake tu dalam tray yang berisi air panas MENDIDIH dulu dan terus bakar dalam oven yang telah siap dipanaskan terlebih dahulu.

Thumbs up http://spicesjourney.blogspot.my/2012/01/cotton-soft-japanese-cheese-cake.html?spref=fb&m=1

No comments:

Post a Comment