Kek Kukus Coklat... Yummy!!!!

Oleh kerana permintaan resepi dari rakan-rakan yang dah rasa and suka sangat kek ni.... Gambar x prepare and u alls pun dah x sabar-sabar nak duplicate... Hehe... Korang klu buat jgn lupa bawak ek....

Bahan A
1 cawan mentega
1 1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula halus

Bahan B (Bahan-bahan serbuk diayak)
2 cawan tepung gandum @ superfine floor
1 cawan serbuk koko
1 biji telur
1 s/k coklat emulco
1 s/k soda bikarbornat
1 s/k baking powder
1 cawan susu cair
1 cawan air

Bahan Toping
Coklat bar (dicairkan secara double boil)
Coklat rice etc....

Mixer Bahan A sehingga kembang.

Mixer Bahan Serbuk ke dalam Bahan A. Setelah adunan sebati masukan lebihan Bahan B sehingga sekata.

Sapu loyang dengan marjerin dan kukus dengan api yang sederhana anggaran 45 minit - 1 jam.

Bila dah sejuk boleh toping dengan coklat cair dan hias dengan coklat rice bagai ikut suka hati dan kreativiti.

No comments:

Post a Comment