BROWNIES GULA MELAKA




Saper yang dapat tangkap resepi nih... memang power... Ahaks! Screen shot je dari FB... Tahap kemalasan nak menaip. Haha...

JAPANESE COTTON CHEESE CAKE


BAHAN A :
250 gm Cream Cheese
50 gm Butter
150 ml Susu Segar
6 biji Kuning Telur
1 sudu besar Jus Lemon
1/4 sudu kecil Garam
60 gm Superfine Flour
20 gm Tepung Jagung

BAHAN B :
150 gm Gula Kaster
6 biji Putih Telur 
1 sudu besar Jus Lemon

TIPs : Asingkan telur putih dan kuning ketika telur baru keluar dari fridge. Lebih mudah untuk diasingkan kerana telur agak keras dan juga buang tali pusatnya supaya tidak hanyir cake kita nanti.

1. Untuk BAHAN A :
Cairkan cream cheese, butter dan susu segar dengan cara double boil. Sejukkan sebentar. Pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan garam dan jus lemon, gaul sebati. Masukkan adunan cheese yang telah dicairkan dan disejukkan tadi dan gaul rata dgn menggunakan senduk kayu jer. Kemudian masukkan tepung superfine dan tepung jagung yang telah diayak sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati. Saya guna tangan jer.. Petua dari pakar, kalau nak hasil yang terbaekk.. guna tangan jer.. Alhamdulillah.. saya cuba, menjadi pulak. Cuma kalau ada tepung yang berkutil sikit sikit tu saya tapiskan.

2. Untuk BAHAN B :
Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih berbuih (foamy). Kemudian masukkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
** PENTING: Pastikan mixer kering dan betul betul bersih terutamanya dari berminyak. Putih telur mestilah pada suhu bilik dan jangan ada sedikit pun kuning telur yang termasuk semasa mengasingkannya. Kalau tak nanti tak menjadi.

3. Campurkan adunan Bahan A ke dalam adunan Bahan B dan kacau hingga sebati (Saya guna tangan gak taww). Sediakan bekas atau loyang yang bersesuaian untuk bake. Saya guna removable loyang anggaran size berdiameter 8in. Bagi cake yang soft camni, cadangkan guna bekas yang removable supaya senang untuk dikeluarkan tanpa menjejaskan rupa cake. Tapi jangan lupa balut bawah loyang tu dengan aluminium foil sebab kita akan bakar dengan kaedah bain marie atau steambath takut masuk air nanti. Tak perlu griskan loyang sebab ini akan menyebabkan cake turun selepas dibakar. Masukkan jer dalam bekas yang removable ataupun kalau takder balutkan jer loyang dengan aluminium foil sebelum dituang ke dalam bekas.

4. Panaskan oven terlebih dahulu dalam lebih kurang 10 minit. Bakar selama lebih kurang satu jam dengan kaedah bain marie atau steambath pada suhu 160 deg Celcius atau mengikut kapasiti oven memasing hingga masak. Saya letakkan pada tingkat yang bawah sekali menggunakan api atas bawah. Setelah masak jangan terus keluarkan dari oven yer. Renggangkan sedikit dulu pintu oven tu sedikit dan lalukan keliling cake tu dengan pisau. Ini adalah juga satu petua supaya cake tu tidak turun balik. Kemudian biarkan dia sejuk sebentar di dalam oven selama lebih kurang 15-20 minit dulu sebelum dikeluarkan. Kalau terus dikeluarkan dari oven, dia akan mendap atau turun nanti.

** Note : Kaedah Bain Marie atau Steambath maksudnya, kita letakkan loyang cake tu dalam tray yang berisi air panas MENDIDIH dulu dan terus bakar dalam oven yang telah siap dipanaskan terlebih dahulu.

Thumbs up http://spicesjourney.blogspot.my/2012/01/cotton-soft-japanese-cheese-cake.html?spref=fb&m=1

Carbonara Pasta


Easy to cook..

Tumis bawang putih with butter, dah naik bau goreng ayam hancur, tabur black paper, sedikit garam @ cukup rasa.

Agak2 ayam cukup masak campurkan sayur2 carrot, kubis bunga, kacang pes ikut suka u olls... Letakkan pasta sauce gaul2 and last sekali masukan pasta yg telah direbus dengan garam and minyak zaiton.

Selamat Mencuba :)

Milky Hershey's ais cream


Air Kurma Merah


Mudahnya dengan Shake n Take :)


Jus tomato ceri siap...

Memang tajam giler blender ni, ais batu pun masuk sekali hancur sekejap je....






Laksa Sarawak


My favourite food... really miss the taste... tq to my friend Peedot dr Sarawak yg tolong pos pes Laksa Sarawak... hehe... berbulan2 pes dalam peti ais, ni la baru ada tahap kerajinan nak masak.

Sesiapa yg beli pes Laksa Sarawak ada dilampirkan sekali resepi. Sangat senang and mudah, yang renyah nak sedia bahan2 tabur coz nak kena potong and hiris comei2, isi ayam pulak kena carik2, dalam gambar ni x sempat nak carik2... tu pun dah kena cukai dulu ngan my hubby x sabar nak ngap ayam goreng.

Bubur Durian Marvellous


Bendi Telur Berlada


Bagi yang x suka bendi masak rebus and suka pedas manis boleh la masak goreng mcm ni... my hubby memang x suka bendi rebus, so yg goreng macam ni favourite. Kena ikutla citarasa dia kan...

Udang Mentega (Butter Prawn)


Bahan-bahan

Udang
Minyak untuk menggoreng udang
Tepung KFC
3 ulas bawang merah (didadu)
3 ulas bawang putih (didadu)
2 biji telur (dipukul)
2 cili padi (dihiris)
Setangkai daun kari
3 sudu butter tanpa garam / planta
garam secukup rasa
1/2 sudu gula

Goreng udang dengan tepung KFC, dah garing toskan.

Panaskan butter sehingga betul-betul cair & panas, masukan telur sedikit demi sedikit sambil kacau supaya telur jadi serdak. Masukan cili padi, daun kari, garam, gula dan udang. Kacau rata dan siap dihidangkan....

Udang Galah & Udang Kertas Masak Lemak Cili Api

Udang hasil pemberian bro kandungku hasil kursusnya di Labuan, murah harga hasil laut di sana, tu yang siap pesan. Tq to my bro....
Bahan-bahan
Seekor udang galah & udang kertas 700 gm
2 biji kelapa (perah ambil santannya)
2 batang serai
4 batang daun kesum
Sehelai daun kunyit
Garam secukup rasa
1/2 sudu gula
4 cili padi
Sebiji tomato
Bahan-bahan tumbuk
3 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kunyit hidup
2 cili padi

Masukan semua bahan dalam periuk dengan api perlahan supaya santan tidak pecah dan sentiasa kacau. Bila hampir masak, masukan tomato.
Sedap betul masak lemak i kali ini.... hubby pun puji... Tq dear....

Kuih Cek Mek Molek inti gula Melaka... I like....


Bahan-bahan
Tepung gandum - 1 cawan (pastikan tepung jgn over dose)
Ubi keledek - anggaran 4 ketul
Gula Melaka
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng
Air untuk merebus ubi keledek (tuskan air setelah rebus)
Rebus ubi keledek dengan secubit garam.
Lenyek ubi keledek panas2, biarkan sejuk sebelum uli dengan tepung. Gentel agak2 besar yang sesuai (Tips : Klu xnak melekat2 pada tangan sapu dengan minyak rata pd tangan), leperkan dan masukan gula melaka di tengah2 (agakla ye...). Goreng dengan api yang sederhana supaya gula melaka cair di dalam.
Cek mek molek i kontot2... hehe... klu lebih (gula melaka dah habis), boleh buat kuih keria/gelang sira dengan gula.
Selamat mencuba...

Kudapan Daun Kadok

I like the taste of my creation... versi ubah suai...
Bahan-bahan

Daun kadok
Cili padi @ Cabai burung (dihiris halus)
Udang kering
Kacang (pilihla apa jua kacang yang disukai)
Serai (dihiris halus)
Bawang goreng
Jus lemon @ Jus limau nipis
Halwa buah kundur (boleh ganti madu @ air gula merah)
Di atas xda halia, boleh tambah hirisan halia jika nak buang angin dalam badan.
Ambil setiap bahan agak-agak macam dalam gambar di atas letak atas daun kadok, perah sedikit jus lemon atau limau nipis dan bungkus masuk ngap dalam mulut. Taste it... feel it... Ada rasa manis, masam, pedas etc...

EGG TART

Bahan Pastry
200gm butter
80gm gula aising
360gm superfine flour
1 biji telur
1/2 sk esen vanilla

Bahan Filling
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula (kurangkan jika x nak manis)
1 sudu tepung kastard
1/2 sk esen vanilla
pewarna kuning

1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukan telur sedikit demi sedikit
3. Masukan tepung sampai jadi doh
4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan
5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung dan bakar selama 10 minit pada suhu 180DC
6. Keluarkan dan masukan filling dan bakar semula selama 10 minit

Kek Kukus Coklat... Yummy!!!!

Oleh kerana permintaan resepi dari rakan-rakan yang dah rasa and suka sangat kek ni.... Gambar x prepare and u alls pun dah x sabar-sabar nak duplicate... Hehe... Korang klu buat jgn lupa bawak ek....

Bahan A
1 cawan mentega
1 1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula halus

Bahan B (Bahan-bahan serbuk diayak)
2 cawan tepung gandum @ superfine floor
1 cawan serbuk koko
1 biji telur
1 s/k coklat emulco
1 s/k soda bikarbornat
1 s/k baking powder
1 cawan susu cair
1 cawan air

Bahan Toping
Coklat bar (dicairkan secara double boil)
Coklat rice etc....

Mixer Bahan A sehingga kembang.

Mixer Bahan Serbuk ke dalam Bahan A. Setelah adunan sebati masukan lebihan Bahan B sehingga sekata.

Sapu loyang dengan marjerin dan kukus dengan api yang sederhana anggaran 45 minit - 1 jam.

Bila dah sejuk boleh toping dengan coklat cair dan hias dengan coklat rice bagai ikut suka hati dan kreativiti.

Kuih Ketayap




Biskut Tat Nenas




Tat Ros




Kek Lumut Sarawak (Kukus)

1 cawan tepung gandum (diayak)
4 biji telur
250 gm butter (unsalted)
3/4 cawan gula halus (diayak)
1 cawan horlicks
Pewarna hijau @ Pandan emulco (agak2 warna hijau)
3 sudu susu pekat
4 sudu seri kaya
1 sk esen vanilla


Didihkan air di dalam pengukus.

Gula dipukul bersama butter hingga kembang menggunakan mixer, kemudian masukan telur satu persatu sambil ratakan dengan kelajuan sederhana.

Masukan seri kaya dan susu dan pukul sekata. Kemudian masukan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan horlicks, pukul lagi hingga sebati.

Setelah semua bahan sebati, tuang pewarna @ pandan emulco dan esen vanilla.

Masukan adunan ke dalam loyang empat segi 7" x 7 " yang telah disapukan dengan butter. Tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus selama 3 jam (*Pastikan pengukus panas ketika loyang dimasukkan).

Talam Berlauk


Satu talam dah cukup kenyang makan with my hubby, x perlu makan nasi dah... my hubby cukup suka talam berlauk.

Bahan-bahan lauk
300 gm daging cincang
40 gm udang kering (ditumbuk)
1 biji ubi kentang (didadu)
1 hiris halia (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 ulas bawang kecil (ditumbuk)
1 s/k serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis (kita guna planta + minyak zaitun)

Bahan-bahan tepung
220 gm tepung beras
60gm tepung jagung
2 sudu gula
Garam secukup rasa
800ml santan pekat

Bahan-bahan tabur
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang
Cili merah (dihiris halus)

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, masukan udang kering sehingga kering, masukan daging dan lebihan bahan-bahan lauk serta separuh bahan-bahan tabur, masak sehingga kering dan ketepikan biar sejuk.

Satukan bahan-bahan tepung ke dalam periuk, kacau hingga tidak berbintil, masak dengan api perlahan sehingga hampir likat. Kemudian masukan bahan lauk dan kacau lebih kurang 4 minit.

Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapukan minyak. Tabur bahan-bahan tabur dan kukus selama 20 minit.

Tadaa... Dah siap leh la makan dengan sos cili, sos tomato, sos thai etc.... Kita buat sos sendiri je... lagi sedap....

Badak Berendam

My hubby favourite... my little prince pun suka especially bahagian inti, habis diratah lebihan inti.

Bahan-bahan inti
Sebiji kelapa parut (isi putih je..)
1/2 gula melaka
2 sudu gula pasir
1/2 cawan air rebusan daun pandan
2 helai daun pandan

Panaskan kuali, cairkan gula melaka bersama dengan 1/2 cawan air rebusan pandan dan daun pandan, masukan gula pasir kacau sehingga likat dan setelah hampir kering masukan kelapa parut, kacau dengan api sederhana sehingga kering.

Bahan-bahan Doh
2 cawan tepung pulut
Air rebusan pandan (agak-agak untuk dohkan tepung pulut)
Secubit garam
pewarna hijau (jika x buat air rebusan pandan boleh guna perasa pandan yang dah ada warna hijau)

Dohkan tepung pulut bersama air rebusan pandan, secubit garam, pewarna hijau. Uli sehingga sebati. Bentukkan bulat dan leperkan untuk diisi dengan bahan inti, kemudian bentukan bulat dan letakkan di atas loyang (pastikan loyang dirata dengan tepung untuk elak daripada melekat)

Bahan-bahan kuah
1 biji santan pekat
Secubit garam
2 sudu tepung jagung

Satukan bahan-bahan kuah. Kemudian masukan ke dalam loyang yang disusun bahan doh. Kukus selama 20 minit.

Pan Cake

Pan cake buat minum pagi atau petang... rasa sejibik macam Pan Cake Mc'D. Leh colek dengan golden syrup / madu / kaya / jem etc...

Bahan Mix Pan Cake (Nigella Lawson)
4 cawan tepung gandum
2 s/k baking powder
2 s/k baking soda
1/2 s/k garam
2 sudu gula




Bahan-bahan Pan Cake
1 biji telur
1 cawan susu segar
1 sudu butter (dicairkan dahulu)
1 cawan mix pan cake

Semasa menggoreng x perlu letak minyak coz butter dah ada dalam bahan cecair, so x melekat. Zaman kecik2 dulu my mama selalu buat pan cake tetapi pan cake ala M'sia.... hehe... lempeng ma... lempeng pisang, lempeng manis etc....

Kek Sarang Semut / Span / Gula Hangus

My favourite cake... sarang cumil2 jek... xde masa nak tunggu perap lama2. Tips... lagi lama lagi banyak sarang yang dihasilkan (2- 4 jam).

Bahan A
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu mentega / marjerin

Gula digoreng dengan api yang perlahan. A/p gula mencair keemasan tuang air panas perlahan2. Kemudian masukan mentega dan kacau sehingga cair. Biar sejuk sambil buat bahan B pula.

Bahan B
4 biji telur
1 cawan susu pekat (guna 1/2 jika x nak manis)
1 cawan tepung gandum
2 s/k soda bikarbonat
1 s/k esen vanilla

Pukul telur hingga kembang. Masukan susu dan pukul. Masukan tepung dan soda bikarbonat yang diayak bersama. Tuang esen vanilla dan akhir sekali bahan A.

Perap 2 - 4 jam dalam keadaan tertutup. Bakar pada suhu 160D menggunakan api bawah dan tambah api atas pada 10 minit terakhir.

Puding Roti













Puding roti dibakar sehingga kembang. Very gebu... I like... Simpan peti ais makan sejuk pun sodap.... Makan semasa breakfast or tea time.

Bahan A
500 ml susu segar
8 keping roti



Potong roti kepada 4 segi kecil / Koyak roti dan rendam dalam susu selama 1/2 jam.

Bahan B
5 sudu besar gula halus
2 sudu butter / planta
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
1 sudu tepung jagung
2 sudu kismis hitam

Kacau rata bahan B, masukkan separuh kismis dan tuang dalam bahan A. Kacau ratakan dan tabur baki kismis diatasnya dan masukkan dalam loyang yang telah disapu mentega. Bakar selama 180 D (30 minit).

Ada yang buat sos kastard untuk makan bersama puding, klu roti x manis. Rini buat puding ni dah manis so x perlu buat sos kastard.

Ayam Panggang Sarawak


Bahan perap
1 ekor ayam muda
*2 sudu ketumbar (digoreng tanpa minyak)
*1 sudu jintan putih (digoreng tanpa minyak)
*1 inci lengkuas
*5 ulas bawang putih
*1 inci halia (agak-agak la ye...)
Garam secukup rasa
2 sudu gula merah @ gula melaka @ gula perang

Tumbuk / Kisar bahan bertanda *. Gaulkan ayam bersama bahan kisar, garam dan gula. Perap semalaman. Sebelum dibakar gaul ayam bersama 2 sudu minyak zaitun. Bakar 190 - 200 darjahC (1 jam)

Bahan Sos
3 sudu besar cli kering yang telah diblender
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Secawan air asam jawa pekat
Garam dan gula secukup rasa

Satukan bahan sos dan masak hingga mendidih. Boleh disimpan dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Boleh buat cicah dengan apa saje... Kalau rasa kurang boleh adjust atas dapur semula, if pedas tambah gula or air asam jawa, adjust le apa yang patut. Rini pun main agak-agak je.... pasni xyah beli cili sos dah.. buat stok dalam peti ais. :)

Lasagna

Huh... menjadi juga Lasagna. Hasil jemariku... sekali sekala nak ubah ke Italian taste. Hehe... I like red sos compare to white sos, kena ubah taste sos putih, terlebih keju sudaa.... satu talam ni x habih me, hubby and both my little prince nak ngap perabih, bawa opis kebetulan ada port luck yang dirancang last minit esok pagi, simpan peti ais then panaskan semula dalam oven, rasanya lebih sedap pulak.